UNSUR-UNSUR PENGARUH DALAM HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN


Pendahuluan:
Dalam HIkayat Awang Kamaruddin didapati terdapat 3 pengaruh yang ketara iaitu pengaruh tempatan, pengaruh hindu dan pengaruh Islam. Di bawah akan dibincagkan satu persatu pengaruh tersebut bersama contohnya sekali.

Pengaruh tempatan
Unsur tempatan bermaksud unsur setempat yang mempunyai ciri kemelayuan Brunei. Dalam Hikayat Awang Kamaruddin unsur tempatan nampak dari segi nama-nama wataknya. Misalnya pengunaan nama 'awang' dan 'dang (dayang)' dihadapan nama watak. Misalnya Awang Kamaruddin, Awang Sukaim, Awang Si Mutaram, Awang Abdul Mumin, Dang Kumala, Dang Siti Noralam dan sebagainya. Kenapa dikatakan awang dan dang berunsur tempatan? Hal ini kerana nama awang dan dang ada banyakkan digunakan di Brunei khususnya penduduk di Kampung Ayer.

Kedua, dari segi pengunaan gaya bahasa. Kebanyakkan gaya bahasa yang digunakan dalam Hikayat Awang Kamaruddin adalah bahasa Melayu Kedayan sama ada pada dialog atau bukan dialog. Contohnya dialog Dang Kasuma "Yang banarnya deh dangsanak"

Selain itu, latar tempat Hikayat Awang Kamaruddin juga terdapatnya unsur tempatan kerana banyak menggunakan nama tempat yang terdapat di Brunei. Misalnya Bukit Sinarubai dan Pulau Bedukang Damit Di Muara.

Pengaruh Hindu
Hindu merupakan agama yang berasal dari India. Kebanyakkan Hindu adalah percayakan kepada dewa dan kesaktian. Hikayat Awang Kamaruddin tidak terlepas dari pengaruh Hindu kerana sebelum Islam datang ke Brunei. Agama Hindulah yang terlebih dahulu bertapak disini. Diantara pengaruh Hindu dalam hikayat Awang Kamaruddin pertama unsur penjelmaan. Penjelmaan disini bermaksud perubahan bentuk dari sesuatu. Contohnya Awang Kamaruddin dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti pernah menjadi lalat kuning setelah memohon kepada dewa. Dang Kumala dan Dang Bongsu pula pernah menjadi angin dan awan. Kepercayaan penjelmaan ini adalah tidak logik dapat dicapai oleh manusia dan tiada dalam kepercayaan Islam. Kepercayaan ini biasanya adalah kepercayaan agama Hindu.

Kedua, unsur kesaktian adalah pengaruh Hindu seterusnya. Kesaktian bermaksud kuasa diluar kemampuan manusia. Salah satu contohnya boleh dilihat pada Awang kamaruddin. Dia boleh melihat dari jauh (melalui kesaktian) bahawa di Jawa sedang sibuk mengadakan persiapan perkahwinan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Selain itu, adik Awang Kamaruddin Dang Kumala juga mempunyai kesaktian. Dia boleh menerima isyarat bahawa abangnya Awang Kamaruddin di Jawa memerlukan pertolongannya. Sedangkan pada masa itu Dang Kumala berada di Timur.

Kepercayaan kepada dewa atau dewata juga merupakan salah satu pengaruh Hindu. Contohnya Awang Kamaruddin dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti memohon kepada dewa dengan membaca mantera agar mereka bertukar kepada lalat kuning. Adat istiadat perkahwinan di dalam Hikayat Awang Kamaruddin juga merupakan unsur Hindu. Contohnya adat mandi langir yang dilakukan Raja Muda Indera Bongsu dan Awang Kamaruddin ke atas Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa sebelum majlis perkahwinan.

Pengaruh Islam
Islam merupakan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Terdapat beberapa contoh pengaruh Islam dalam Hikayat Awang Kamaruddin antaranya terdapatnya penggunaan bahasa arab. Contohnya perkataan Bismillah. Perkataan Bismilaah diucapkan oleh Dang Kasuma ketika mengambil pakaian dan senjata untuk Awang Kamaruddin ke Negeri Jawa. Awang Kamaruddin juga ada membaca bismillah sebelum dia memandikan langir Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa.

Kedua, pengaruh Islam dalam Hikayat Awang Kamaruddin iaitu pentingnya menuntut ilmu. Agama Islam mewajibkan umatnya untuk menuntut imu. Contoh dalam Hikayat Awang Kamaruddin di mana Lamang Labai berwasiat kepada Dang Kasuma agar menghantar kedua-dua anaknya untuk menuntut ilmu kepada Raja Jin Tujuh Seperadian.

Selain itu, beristeri lebih daripada dua juga salah satu pengaruh Islam. Contohnya Lamang Labai dan Awang Kamaruddin yang mempunyai dua orang isteri. Lamang Labai mempunyai dua orang isteri iaitu Dang Kasuma dan seorang tidak diketahui namanya. Manakala isteri Awang Kamaruddin iaitu Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dan Dang Siti Noralam.

Penutup:
Kesimpulannya, Hikayat Awang Kamaruddin mempunyai tiga pengaruh iaitu pengaruh Islam, pengaruh Hindu dan pengaruh tempatan. Buktinya telah diterangkan di atas.

Ulasan

Catatan Popular