FATIMAH ADALAH WATAK PEMBANTU YANG PENTING YANG MEMPUNYAI SIFAT KESABARAN YANG TINGGI, TIDAK MENCUAIKAN TANGGUNGJAWAB DAN SANGGUP MENGORBANKAN MASA DEMI KELUARGA
SOALAN: FATIMAH ADALAH WATAK PEMBANTU YANG PENTING DALAM NOVEL PENGABDIAN. BELIAU SEORANG YANG MEMPUNYAI SIFAT-SIFAT KESABARAN YANG TINGGI, TIDAK MENCUAIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SURI RUMAH DAN SANGGUP MENGORBANKAN MASA HIDUPNYA DEMI KELUARGA
NYATAKAN SEJAUH MANAKAH KEBENARAN KENYATAAN DI ATAS ITU DENGAN MENJELASKAN PERKARA-PERKARA YANG TELAH FATIMAH LAKUKAN?
Fatimah sememangnya seorang insan yang amat peyabar dan tidak pernah cuai melaksanakan tanggungajawabnya sebagai seorang isteri serta rela mengorbankan masa hidupnya demi keluarganya. Hal ini dapat dibuktikan di bawah
2.0 ISI:
2.1 Isteri yang penyabar terhadap suami
Sebagai seorang isteri Fatimah adalah seorang isteri yang penyabar akan karenah suami dan anak-anaknya. Misalnya dia sabar akan suaminya Marof yang lebih mementingkan hal-hal lain seperti sukan daripada hal keluarganya sendiri. Disebabkan ini, Fatimah terpaksa menyelesaikan masalah keluarga dengan sendirinya. Walaupun ada kalanya Fatimah merungut. Kesabaran Fatimah terhadap suaminya jelas apabila ia sanggup hidup miskin bersama-sama Marof sewaktu Marof tidak mempunyai pekerjaan tetap dan sering bertukar-tukar kerja. Hinggakan Fatimah pernah makan nasi berkuahkan air garam. Ia juga pernah mengambil upah menjahit baju semata-mata untuk perbelanjaan kehidupan. Bayangkan kalaulah Fatimah seorang isteri yang cerewat dan tidak penyabar, sudah tentu dia tidak akan bersama dengan Marof lagi.
2.2 Sabar akan karenah anak-anak
Sebagai seorang ibu Fatimah juga sabar akan anak-anaknya. Dia sabar akan perangai anaknya Hannah yang sering keluar malam bersama kawan-kawannya. Selain itu dia sabar akan Hannah yang tidak mahu mendengar nasihatnya agar berpakaian sopan. Fatimah juga sabar akan sikap anaknya Zul yang telah memalukan nama keluarga dengan melakukan zina dengan Marina. Fatimah bersabar dengan Zul yang tidak berubah-ubah semenjak dari bujang hingga kahwin iaitu malas bekerja, memilih pekerjaan, berpakaian tidak senonoh dan suka merokok.
2.3 Tidak mencuaikan tanggungjawab suri rumah
Sebagai suri rumah, Fatimah tidak pernah sekali pun mencuaikan tanggungjawabnya melayan keperluan suaminya, mertuanya dan anak-anaknya. Selepas menunaikan sembahyang subuh lagi dia sudah mengerjakan semua tugasnya seperti menyediakan pelbagai jenis sarapan untuk keluarganya. Misalnya kuih melayu untuk suami dan ayah mertuanya, roti paun panggang disapu mentega untuk Hannah dan Marina. Manakala roti paun panggang disapu keju untuk Zul. Fatimah juga menyediakan pakaian untuk suaminya Marof dan Hannah. Dia juga membersihkan rumah dan mengemas bilik Hannah selain mencucikan pakaian keluarganya termasuk Marina. Dari apa yang baru dijelaskan jelas menunjukkan bahawa Fatimah tidak pernah lalai dan cuai dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suri rumah walaupun ada yang dilakukannya itu seharusnya dilakukan oleh menantunya Marina dan anaknya Hannah.
2.4 Rela mengorbankan masa demi keluarga
Fatimah rela mengorbankan masa hidupnya demi keluarganya. Contohnya ketika Hannah mengalami kemalangan dan koma, dialah yang menjaga anaknya. Dia juga sanggup berjumpa dengan Siti Nur untuk merundingkan perkara Zul yang perlu dikahwinkan dengan Marina kerana telah melakukan zina. Begitu juga ketika dia mengetahui yang anaknya Siti Nur menghidap penyakit kanser ovari, dia rela menggantikan tempat Siti Nur sekiranya takdir boleh diubah.
2.5 Rajin
Fatimah seorang ibu yang sangat rajin, misalnya dia sanggup ke pasar untuk membeli keperluan keluarga nya makanan dan juga, sanggup membersihkan rumah sehingga Siti Nur merasakan kesian sehingga Siti Nur mengambil kan pembantu. Sebagai isteri, setiap pagi dia menyediakan minum pagi suami nya
3.0 Penutup
Itulah diantara bukti-bukti menyokong kenyataan bahawa Fatimah adalah seorang insan yang penyabar, tidak mencuaikan tanggungjawabnya sebagai suri rumah dan sanggup rela mengorbankan masa hidupnya demi keluarganya sendiri.
Hasil:
Md Hafiz Redhwan
10C 2013
Sm Sayyidina Hasan Kilanas
Diedit oleh:
Adifarha pro
Ulasan