BINCANGKAN WATAK DAN PERWATAKAN FAISAL SEBAGAI PELAJAR, ANAK, DOKTOR DAN SUAMI
1.0 Pendahuluan:
Bagi menjelaskan perwatakan Faisal sebagai pelajar, anak, doktor dan suami perlulah melihat pernannya iaitu cara ia menjalankan tugasnya di dalam Novel Pengabdian. Di bawah adalah huraiannya.
2.0 Isi:
2.1 Sebagai anak
Faisal adalah anak kepada Peter dan Nyonya Peter. Sebagai anak dia seorang anak yang tegas kepada ayahnya. Misalnya semasa ayahnya mencadangkan agar dia berhenti bekerja di hospital kerajaan untuk menguruskan rumah sakit swasta yang bakal dibangunkan, Samuel menolak dan tidak bersetuju kerana khidmatnya masih diperlukan oleh kerajaan. Samuel adalah seorang anak yang tidak mahu menyinggung perasaan ibunya. Buktinya semasa dia pulang ke Belait, dia telah dihidangi makanan kegemarannya iaitu babi masak kicap. Malangnya Samuel tidak menjamah makanan tersebut. Bila ibunya bertanya Samuel hanya menjawab sekarang dia hanya makan sayur padahal Samuel sebenarnya tidak mahu makan babi lagi kerana hatinya terbuka untuk memeluk agama Islam.Walaupun Samuel tegas terhadap ayahnya namun dia masuh sayang kepada kedua orang tuanya. Contohnya walaupun sudah berlainan agama namun apabila dia mendengar ayahnya mengalami cedera parah dia sanggup segera pulang ke Belait dan tidak jadi membedah Siti Nur. Faisal juga sanggup mencarikan orang-orang yang sanggup mendermakan darah jenis o kerana ayahnya kekurangan banyak darah.
2.2 Sebagai doktor
Faisal bertugas di Hospital Bandar Seri Begawan dan merupakan rakan setugas Siti Nur. Sebagai seorang doktor, Faisal pernah mementingkan diri sendiri. Setelah dua tahun bekerja dengan kerajaan, dia ingin keluar dari ikatan kerajaan dengan membuka rumah sakit swasta sendiri. Hal ini disebabkan Faisal merasakan dia tidak puas hati dengan layanan diberikan hospital kerajaan. Walaubagaimanapun, Faisal akhirnya membatalkan niatnya atas nasihat Siti Nur.
2.3 Sebagai suami
Faisal adalah suami kepada Siti Nur. Faisal merupakan seorang suami yang sangat sayang kepada isterinya Siti Nur. Misalnya walaupun dia tahu Siti Nur menghidap penyakit kanser dan hidupnya tidak lama namun Faisal tetap mengahwini Siti Nur. Faisal juga telah membantu Siti Nur ditempat kerja kerana risau akan kesihatan isterinya. Pada hari berlangsungnya kemerdekaan Brunei, Faisal mulanya risau meninggalkan isterinya Siti Nur kerana Siti Nur sudah tenat. Demi sayangnya kepada isterinya Siti Nur, Faisal membantu menguruskan percetakan dan penerbitan buku hasil Siti Nur serta mendirikan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Siti Nur.

Ulasan