DR SITI NUR ADALAH WATAK YANG BERSIKAP POSITIF DAN PATRIOTIK UNTUK MEMBELA KEHIDUPAN DAN MENEGAKKAN JATI DIRI BANGSA SEBAGAI WARGA NEGARA BRUNEI
Pendahuluan:
Saya sangat bersetuju dengan kenyataan di atas. Memang tidak dinafikan dari peranan Siti Nur dalam Novel Pengabdian menunjukkan sikap positif dan patriotiknya untuk membela kehidupan dan menegakkan jati diri bangsa melebihi dari menjaga kesihatan tubuh badannya. Ini dapat dibuktikan dibawah
Bertanggungjawab dalam menjalankan tugas
Dalam menjalankan tugas Siti Nur menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap pesakitnya. Misalnya terhadap Junaidah dan Udin. Junaidah yang menghidap penyakit Thalasemia Beta. Dr Jones memberikan pandanngan agar rawatan ke atasnya diberhentikan kerana takut nanti akan menurunkan kepada anak cucunya nanti dan membuang duit. Pandangan Dr Jones ini dibangkang oleh Siti Nur kerana baginya hal berkahwin atau tidak, itu belum pasti terjadi dan adalah menjadi tanggungjawab seorang doktor untuk merawat pesakitnya selagi terdaya dan selagi kerajaan mampu.
Manakala Udin seorang penghidap penyakit Sindrom Down, Siti Nur bukan sahaja mengambil berat akan penyakit Udin malah dia turut mengambil berat akan masalah keluarga Udin yang telah lama tidak dilawat. Jelas dari kedua-dua contoh tersebut menunjukkan sifat positif dan patriotik Siti Nur membela bangsanya.
Bekerja lebih masa
Sikap positif dan patriotik Siti Nur juga nampak apabila dia sanggup bekerja lebih masa. Sebagai contoh ketika dia mengambil darah Shamsul di wad 4. Walaupun masa tersebut adalah masa rehatnya dan ibunya ingin berjumpa Siti Nur masih meluangkan masanya untuk ke wad 4 dan mengambil darah Shamsul.
Siti Nur juga risau akan pesakitnya Azmil yang tidak hadir perjumpaan dan tidak mahu dibedah kerana mahukan ayahnya Khalid berada disisinya. Hal ini menyebabkan Siti Nur berusaha memberi nasihat kepada Khalid agar memikirkan kesihatan Azmil daripada perjuangannya yang sia-sia.
Tidak mementingkan diri
Sebagai seorang doktor, Siti Nur tidak pernah mempunyai sikap mementingkan diri sendiri sebagaimana Dr Susan dan doktor-doktor lain yang merungut apabila giliran bertugas malam. Bagi Siti Nur dia lebih senang untuk bermalam di bilik yang disediakan walaupun tidak selesa dan bernyamuk. Semua ini adalah demi pesakit-pesakit. Sekali lagi disana membuktikan bahawa Siti Nur mempunyai sikap positif terhadap bangsanya dan bersifat patriotik.
Membuat buku
Sikap positif dan patriotik Siti Nur makin jelas bila dia ingin menghasilkan sebuah buku tentang Kanak-kanak dan penyakit. Walaupun semasa proses membuat buku tersebut Siti Nur makin tenan namun demi bangsanya dia tidak menghiraukan nyawanya sendiri.
Menyedarkan sesama bangsa
Siti Nur juga bertanggungjawab untuk menyedarkan Usu Khalidnya yang tidak mahu melepaskan perjuangan politiknya. Siti Nur sentiasa menulis surat tanpa berputus asa walaupun dia tahu surat tersebut tidak dibaca oleh Khalid. Akhirnya usaha tidak pernah kenal putus asa tersebut, Siti Nur berjaya menyedarkan Usu Khalidnya. Di sana menunjukkan sikap positif dan patriotik Siti Nur untuk bangsa dan negaranya.
Penutup:
Dari bukti-bukti yang telah dikemukakan diatas jelas menunjukkan bahawa Siti Nur adalah seorang yang bersifat positif dan patriotik untuk bangsanya dan juga kepada negaranya Brunei Darussalam. Walaupun perbuatannya tersebut memakan dirinya sendiri kerana tidak menghiraukan kesihatan diri sendiri.
P/S: SOALAN INI DIDAPATI SUDAH 2X DIKELUARKAN DALAM PEPERIKSAAN O LEVEL..

Ulasan