ANDA KATEGORI PELAJAR MANA?
Melihat kepada pelajar masa sekarang dan pelajar dahulu.. Timbul pertanyaan pelajar masa sekarang mahukan kategori pelajar apa? Adakah kategori pelajar cemerlang atau kategori pelajar biasa-biasa je lah..
NOTA DARIPADA GURU YANG DIBERIKAN KEPADA PELAJAR CEMERLANG DAN PELAJAR BIASA-BIASA JE LAH:
Perwatakan Syahera:
1. Anak kepada Dato Jafar dan Datin Suhairah
2. Seorang yang cantik dan sering menjadi tumpuan
Tiba peperiksaan akhir tahun SPM
KATEGORI PELAJAR CEMERLANG
Soalan: Siapakah Syahera dalam Cerpen Ayu?
Syahera adalah anak kepada Dato Jafar dan Datin Suhairah.. Sebagai seorang anak, Syahera adalah anak yang bertanggungjawab dan sayang kepada kedua orang tuanya. Buktinya, dia sering menegur kedua orang tuanya agar insaf dari melakukan perbuatan yang dilarang oleh agama Islam iaitu meminum minuman yang memabukkan. Syahera dikisahkan seorang yang cantik dan sering menjadi tumpuan lelaki. Misalnya ketika dia kolej ramai lelaki yang berebut-rebut untuk mendekatinya antaranya Zamarul
KATEGORI PELAJAR BIASA-BIASA JE:
Soalan: Siapakah Syahera dalam cerpen Ayu?
Syahera merupakan anak kepada Dato Jafar dan Datin Suhairah. Syahera dikisahkan seorang yang cantik dan sering menjadi tumpuan.
Perbezaan pelajar cemerlang dan pelajar biasa-biasa je lah:
Pelajar cemerlang sering membahaskan setiap jawapan yang diberikannya. Sedangkan pelajar biasa-biasa je lah hanya memberikan jawapan yang dikehendaki tanpa membahaskan lebih lanjut dan 100% mengikut nota yang diberikan oleh gurunya ibarat KATAK DIBAWAH TEMPURUNG
Persoalan dan fikirkan:
Anda ingin menjadi pelajar kategori mana??? Adakah mahu menjadi pelajar cemerlang atau pelajar kategori biasa-biasa je lah... Jangan terikat dengan nota yang diberikan. Kita diKurniakan akal fikiran oleh Allah jadi pergunakanlah.. Ibarat kata bijak pandai: keluarlah dari lingkungan / lingkaran kamu itu.. Jangan jadi kiasu.. Jangan takut pada kegagalan..
Ulasan