UNSUR KLIMAKS DALAM HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN.

PENDAHULUAN:
Konflik bermaksud hasil pertentangan, konflik atau adanya kejadian ketegangan di dalam sesebuah cerita. Paling mudah klimaks adalah bahagian dalam sesebuah cerita yang paling menarik untuk dibaca dan menimbulkan perasaan tegang. Di dalam Hikayat Awang Kamaruddin terdapatnya 3 klimaks kerana Hikayat Awang Kamaruddin itu sendiri terdapatnya 3 plot yang berbeza. Penjelasan klimaks dalam Hikayat Awang Kamaruddin dapatlah dilihat dibawah:


KLIMAKS 1 (BERDASARKAN PLOT 1 HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN: LAMANG LABAI)
Pada plot pertama Hikayat Awang Kamaruddin unsur klimaks adalah ketika peristiwa pergaduhan / peperangan di antara Lamang Labai dengan Anggayan Damit. Pada peristiwa tersebut pembaca akan merasa tertarik untuk mengetahui akan kesudahan peperangan tersebut iaitu siapakah yang akan menang? Apakah kesudahan kedua-dua watak yang berperang?.

Lebih-lebih lagi dalam peperangan tersebut kedua-duanya iaitu Lamang Labai dan Anggayan Damit menggunakan beberapa jenis senjata dan hampir kesemuanya tidak memberikan kesan hinggakan menimbulkan pertanyaan bagaimana hendak ditewaskan? Dalam plot pertama, pada mulanya Anggayan Damit diberi peluang oleh Lamang Labai untuk menikamnya dengan menggunakan pelbagai jenis senjata namun satu pun tiada mengena (di sini boleh menimbulkan perasaan geram kepada pembaca). Kemudian bila giliran Lamang Labai pula pada mulanya senjata Lamang Labai juga tidak dapat mengena Anggayan Damit namun akhirnya disebabkan lemah dan salah langkah Anggayan Damit pun tertusuk keris Lamang Labai menyebabkan kematiannya.


KLIMAKS 2 (BERDASARKAN PLOT KEDUA HIKAYAT AWANG KAMARUDDI: BERPERANG DENGAN TUAN PEMAGAT BONGSU BAGINDA INDERA SAKTI; KLIMAKS YANG PALING ATAS)
Klimaks pada plot ini adalah ketika Awang Kamaruddin berperang dengan Tuan Pemagat Bongu Baginda Indera Sakti. Perperangan diantara keduanya mengambil masa yang lama dan menggunakan banyak tempat. Ini kerana kedua-duanya sama handal dan sakti.

Inilah membuatkan peristiwa peperangan mereka menarik, menimbulkan rasa tegang dan rasa ingin tahu akan kesudahan peristiwa tersebut. Lebih-lebih lagi Awang Kamaruddin yang merupakan watak utama tidak dapat mengalahkan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Akhirnya Awang Kamaruddin menghentakkan kakinya untuk meminta tolong kepada adiknya Dang Kumala. Di atas bantuan Dang Kumala barulah Awang Kamaruddin dapat mengalahkan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.


KLIMAKS 3 (BERDASARKAN PLOT KETIGA HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN:BERPERANG DENGAN TUAN PUTERI SI RAKSASA)
Klimaks yang terakhir dalam Hikayat Awang Kamaruddin ialah peristiwa peperangan di antara Awang Kamaruddin dengan Tuan Puteri Si Raksasa. Walaupun peperangan ini berlaku dalam jangka masa yang singkat. Namun peristiwa ini masih menimbulkan rasa ketegangan dan menarik. Hal ini kerana diketahui bahawa Tuan Puteri Si Raksasa adalah guru kepada Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.

Sedangkan Awang Kamaruddin susah untuk mengalahkan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Inikan pula gurunya sudah tentu lebih hebat. Namun di atas kebijaksanaan Awang Kamaruddin, Tuan Puteri Si Raksasa dapat ditewaskan dengan mudah. Awang Kamaruddin berperang dengan Tuan puteri Si Raksasa kerana Dang Siti Noralam melarikan diri ke tempat Tuan Puteri Si Raksasa.

Ulasan

Catatan Popular