UNSUR PENJELMAAN ATAU PENUKARAN RUPA DALAM HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

UNSUR PENJELMAAN ATAU PENUKARAN RUPA ADALAH SALAH SATU CIRI UMUM DALAM CERITA PENGLIPURLARA. BUKTIKAN KENYATAAN TERSEBUT DENGAN MENGEMUKAKAN LAPAN PERISTIWA YANG BERSESUAIAN BERDASARKAN HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN


Pendahuluan:
Unsur penjelmaan atau penukaran rupa memang salah satu ciri umum dalam cerita penglipurlara dimana unsur ini menjadikan sesebuah cerita menjadi menarik. Hikayat Awang Kamaruddin tidak lepas dalam menggunakan unsur penjelmaan atau penukaran rupa. Dibawah akan diberikan beberapa peristiwa untuk membuktikan pengunaan unsur penjelmaan atau penukaran rupa dalam Hikayat Awang Kamaruddin

Menjadi lalat kuning
Dalam Hikayat Awang Kamaruddin unsur penjelmaan menjadi lalat kuning dapat dilihat pada watak Awang Kamaruddin dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti menjadi lalat kuning untuk pulang ke Tanjung Keinderaan setelah dia meminta izin kepada gurunya Tuan Puteri Si Raksasa. Pada waktu itu sebenarnya Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti masih dalam pertapaan namun dia terpaksa menamatkan pertapaannya kerana dia mendapat gerak bahawa tunangnya Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa diganggu oleh Awang Kamaruddin.

Awang Kamaruddin juga pernah menjadi lalat kuning. Setelah dia berjumpa ibunya Dang Kasuma dan berjumpa dengan adiknya Dang Kumala, Awang Kamaruddin pun pergi ke Tabuk Rancangan. Dia membaca ilmu kesaktian dan akhirnya menjadi lalat kuning menuju ke tepi laut tempat letaknya Pinang Si Gangga Wari.


Menjadi pelbagai jenis burung
Unsur penjelmaan menjadi pelbagai jenis burung dapat dilihat pada watak Dang Kumala dan 14 orang sepupunya. Setelah Awang Kamaruddin menghentakkan kakinya tiga kali dan berteriak memanggil adiknya yang berada di Negeri Timur. Dang Kumala yang datang gerak pun mengarahkan Si Timbul dan Si Kabul untuk memanggil sepupunya. Apabila kesemua mereka sudah berkumpul Dang Kumala dan sepupu-sepupunya itu pun menjadi pelbagai jenis burung; diantaranya ada menjadi burung Si Marak Jantan, burung Si Marak Nuri dan burung Si Jamba Wali. Lalu mereka pun terbang menuju Negeri Jawa untuk membantu Awang Kamaruddin berperang dengan pengikut-pengikut Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.


Menjadi hujan dan menjadi angin
Selesai Dang Kumala dan 14 orang sepupunya mengalahkan pengikut-pengikut Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti, Dang Kumala dan Dang Bongsu mengambil keputusan untuk ke tempat pertapaan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti iaitu ditempat Tuan Puteri Si Raksasa untuk mengambil batu pertapaan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Dang Kumala menjadi angin manakala Dang Bongsu menjadi hujan. Mereka menjadi angin dan hujan supaya Tuan Puteri Si Raksasa tidak sedar akan kedatangan mereka. Buktinya Tuan Puteri Si Raksasa masih tidur ketika Dang Bongsu mengambil batu pertapaan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.


Membesarkan diri
Unsur penjelmaan membesarkan diri dapat dilihat pada watak Tuan Puteri Si Raksasa. Unsur penjelmaan ini berlaku setelah Awang Kamaruddin bertanya kepada Tuan Puteri Si Raksasa dimana Dang Siti Noralam kerana Dang Siti Noralam telah melarikan diri ke tempat Tuan Puteri Si Raksasa. Namun Tuan Puteri Si Raksasa berpura-pura tidak mengetahui keberadaan Dang Siti Noralam menyebabkan Awang Kamaruddin ingin membunuhnya dan menjelaskan bahawa Dang SIti Noralam pandai membesarkan diri. Tuan Puteri Si Raksasa pun membesarkan dirinya membuatkan Awang Kamaruddin meremang.


 Menukar menjadi naga dan menjadi harimau
Apabila Tuan Puteri Si Raksasa membesarkan dirinya, Awang Kamaruddin menerangkan bahawa Dang Siti Noralam juga pandai mengecilkan diri. Tuan Puteri Si Raksasa pun mengecilkan diri lalu ditetak oleh Awang Kamaruddin hingga terbelah dua. Sebelah Tuan Puteri Si Raksasa disungkit Awang Kamaruddin ke laut menjadi naga berkepala tujuh. Sementara sebelah disungkit ke hutan menjadi harimau garang.


Penutup
Itulah diantara unsur penjelmaan atau unsur penukaran rupa yang terpadat dalam Hikayat Awang Kamaruddin iaitu penukaran menjadi lalat kuning, menjadi pelbagai jenis burung, menjadi hujan dan angina, membesarkan diri dan menukar menjadi naga dan harimau.

Ulasan

Catatan Popular