SITI NUR BERUSAHA MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI ANAK, KAKAK DAN DOKTOR
Siti Nur berusaha menjalankan tanggungjawab sebagai anak, kakak dan
doktor.(Jun/13)
TANGGUNGJAWAB SEBAGAI ANAK.
Tanggungjawab terhadap ayahnya Marof.
Didalam Novel Pengabdian Siti Nur bersikap tegas akan agamanya iaitu
Islam, oleh itu sebagai seorang Islam dia menyuruh ayahnya untuk sembahyang
lima waktu bagi menunaikan kewajipan agama. Jika sekiranya Marof tidak
menunaikan sembahyang, Doktor Siti Nur berjanji tidak akan membawa ayahnya
Marof untuk menunaikan Ibadah haji di tanah suci Mekah,akhirnya didalam novel
pengabdian Marof bersunguh-sunguh menunaikannya dan akhirnya Siti Nur membawa
Marof Ke Mekah untuk menunaikan Ibadah Haji yang di rujuk didalam bab 2
bahagian 7.
Doktor Siti Nur juga akan menghantar wang dari gaji bulanannya kepada
ayahnya sebagai sebahagian membalas jasa terhadap ayahnya yang disayanginya.
Tanggungjawab terhadap ibunya Fatimah.
Terdapat banyak contoh tanggungjawab yang dilakukan oleh Doktor Siti Nur
terhadap ibunya, diantaranya memberi wang dari gaji bulanannya kepada ibunya
untuk membayar sebahagian jasa ibunya yang amat disayanginya dan keperluan
ibunya. Selain daripada itu Doktor Siti Nur juga membawa ibunya bersama
keluarganya untuk menunaikan ibadah haji ditanah suci mekah. Fatimah sangat
bertuah mendapat anak perempuan seperti Siti Nur kerana dialah membantu segala
kesusahan Fatimah sejak dari zaman kecilnya dan juga membantu masalah
keluarganya dari segi kewajipan seorang anak dan dari segi kewangan.
TANGGUNGJAWAB SEBAGAI KAKAK
Tanggungjawap terhadap adik lelakinya Zul
Sebagai seorang kakak dia sanggup menguruskan masaalah Zul dan Marina
dari segi kewangan, iaitu masaalah Zul yang membuat perbuatan kejinya iaitu
maksiat terhadap Marina yang mengakibatkan Marina mengandung. Marina telah
dirawat dirumah sakit kerana Marina cuba mengugurkan anak kandungannya dan
membunuh diri.Di dalam kes ini Zul wajib menunaikan hukum Allah iaitu
mengahwini Marina tetapi masalahnya pada waktu itu Zul sedang belajar di luar
negeri dan Zul tidak mempunyai wang untuk membayar tiket pulang ke tanah air
serta pembelanjaan wang perkahwinan dan sebagai seorang Kakak Siti Nur sanggup
memberi bantuan wang kerana Zul adalah adik kandungnnya.
Tanggungjawap terhadap adiknya yang bungsu Hannah.
Sebagai seorang Anak yang sulung Doktor Siti Nur mestilah
bertanggungjawab akan adik beradiknya. Hannah selalu ditegur oleh ibunya untuk
menutup aurat tetapi perkara ini masih diendah oleh Hannah tetapi dia akur akan
nasihat kakaknya Siti Nur. Siti Nur selalu menasihati Hannah untuk ingat akan
sembahyang sebagai contoh dalam novel pengabdian menceritakan tentang Hannah
ingin pergi ke pesta dengan kekasihnya wardi tetapi kakaknya melarang kerana
dia belum menunaikan sembahyang. Siti Nur juga melarang Hannah pulang lewat
malam kerana takut terjadinya pekara yang tidak diingini.
TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG DOKTOR.
Sebagai seorang doktor, Siti Nur haruslah tidak berputus asa bagi
menjalankan tugas. Bekerja dengan tanggungjawab kerana tugas seorang doktor
adalah untuk merawat pesakit yang semampunya dan menggunakan kod etika doktor
sebagai doktor profesional. Dan membayar jasa kepada kerajaan di atas biasiswa
pelajarannya ke tahap yang tinggi serta berguna kepada masyarakat.
Udin bin Mat
Udin bin mat merupakan seorang pesakit kanak-kanak yang menghidap
penyakit "Sindrom Down" yang bermaksud cacat dari segi mental dan
fizikal, walaupun Udin ini tidak akan sembuh selamanya tetapi Doktor Siti Nur
tidak pernah berputus asa untuk merawat nya dan Doktor Siti Nur telah membuat
perjanjian tiga bulan sekali untuk melaksanakan pemeriksaan terhadap Udin.
Junaidah
Seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit "Thalassaemia Beta
(Major)". Junaidah telah dicadang untuk diberhentikan rawatan oleh
doktor-doktor dan pegawai-pegawai perubatan kerana penyakit Junaidah ini adalah
sejenis penyakit keturunan dan supaya keabnormalannya tidak diturunkan kepada
zuriatnya kelak. Tetapi Doktor Siti Nur membantah keras atas cadangan tersebut
kerana baginya, sikap tersebut adalah sikap yang bertentangan dengan kod etika
profesion kedoktoran dan tidak berperikemanusiaan.
Azmil
Azmil merupakan anak angkat kepada Faridah dan Usu khalid Siti Nur.
Azmil telah menghidapi penyakit jantung berlubang. Azmil perlu dibedah segera
kerana jika dibiarkan Azmil akan bertambah kritikal.Doktor Siti Nur tidak
pernah berputus asa untuk merayu dan menghantar surat supaya Usu Khalid dapat
berputus asa akan cita-citanya yang menyebabkan Khalid terpelesong di penjara
selamanya. Azmil mahu melakukan pembedahan dengan syarat ayahnya disisinya
semasa menjalani pembedahan.
Sebagai seorang doktor.
Sebelum Doktor Siti Nur meninggal dunia, dia telah membuat sebuah buku
yang bertajuk "Penyakit dan Kanak-kanak" untuk kegunaan doktor atau
masyarakat yang berguna kepadanya nantu bagi merawat pelbagai jenis penyakit
kanak-kanak yang dihadapi.
Nama: Mohd Zheimie Harith bin Mohd Zamri
Tahun: 10C 2013
Sekolah Menengah Sayyidina Hasan
Ulasan