TIPS UNTUK PELAJAR YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN SASTERA
Sebelum masuk dewan:
1. Meminta maaf kepada ibu bapa dan meminta ibu bapa mendoakan agar dipermudahkan soalan.
2. Berdoa dan SUDAH MENGULANGKAJI awal
3. Tidak perlu membaca lagi nota sebelum masuk dewan kerana pada kebiasaannya apa yang dibaca tidak akan KEKAL dalam otak dan akan menggangu ingatan terhadap apa yang sudah dibaca sebelum ini. Sebaiknya lihat secara pintas sahaja nota.
Didalam dewan:
1. Berdoa agar dipermudahkan soalan dan THINK POSITIVE, Jangan gementar, Jangan terlalu memikirkan "ADAKAH SOALAN SUSAH / SENANG"
2. Baca ARAHAN SOALAN dan FAHAMI
3. Buat peta minda jawapan pada kertas soalan bagi tiap soalan atau soalan yang bagi kamu mampu untuk kamu jawab. TUJUANNYA Supaya kamu pasti jawapan kamu tidak keluar tajuk dan nanti senang merujuk
4. Pilih soalan yang benar-benar dapat memberikan jawapannya
Semasa menjawab soalan
1. Pastikan tulisan kamu kemas dan jawapan kamu kemas
2. INGAT: Senangkan pemeriksa untuk memeriksa jawapan kamu.
3. Pastikan jawap LIMA soalan; dua bahagian A (soalan perbincangan sebaiknya), dua bahagian B (soalan perbincangan) dan SATU sahaja bahagian C (MENGAPA BAHAGIAN C satu sahaja?? Soalan sajak tidak mudah untuk mendapatkan markah)
4. Bahagikan masa kamu ketika menjawab soalan, jangan terlalu fokuskan pada satu soalan kerana ditakuti tidak akan sempat menjawab lima soalan. 10 minit membuat rangka jawapan, 28 minit untuk setiap soalan.
5. SEMAK semula jawapan setelah selesai!
BAGAIMANA MEMUDAHKAN PEMERIKSA??
Cara menjawab soalan perbincangan yang baik: Seperti membuat karangan, jawapan perlu ada pendahuluan, isi dan penutup. Namun ada perbezaan sedikit antara cara membuat karangan dan cara menjawab soalan perbincangan yang MEMUDAHKAN pemeriksa; caranya ialah
Pendahuluan:
Huraikan secara ringkas sahaja pandangan kamu mengenai soalan / tuliskan semula soalan dan nyatakan bahawa dibawah akan diberikan huraian dan contoh dengan lebih lanjut
Isi
Sediakan minimum 6 / 7 mengikut kehendak soalan.
Sekiranya soalan berfokus satu isi maka berikan 20 contoh kalau boleh atau 10 contoh + keterangan/huraian
3.0 Penutup
Buat kesimpulan secara ringkas
** KENAPA PERLUA ADA PENDAHULUAN??
Supaya kamu tahu bahawa yang hendak kamu huraikan nanti berkaitan dengan soalan dan memastikan berapa soalan yang diajukan
** KENAPA Setiap isi perenggan yang berlainan atau dijadikan tajuk??
Ingat!! Kamu perlu menyediakan sekurang-kurangnya enam atau tujuh isi minimum. Sebaiknya ketujuh-tujuh isi tersebut dijadikan TAJUK UTAMA, DIGARISKAN kerana untuk memudahkan pemeriksa memahami apa yang ingin kamu sampaikan dan huraikan. Selain sebagai panduan kamu agar yang hendak kamu huraikan sama sekali tidak keluar tajuk dan soalan!
Contoh;
Huraikan peranan Siti Nur dalam Novel Pengabdian.
Pendahuluan:
Dalam Novel Pengabdian, Siti Nur mempunyai banyak peranan. Dibawah akan dijelaskan secara lanjut dengan contohnya sekali
Peranan sebagai doktor
Sebagai seorang doktor Siti Nur seorang doktor yang sangat bertanggungjawab. Buktinya ketika dia mengambil darah Shamsul. Walaupun pada ketika itu adalah waktu rehatnya namun Siti Nur tanpa marah dan mengeluh masih mahu ke wad 4 untuk mengambil darah Shamsul.
*** Macammana? Sudah faham apa fungsinya?? Dengan cara yang ditunjukkan diatas kamu tahu bahawa yang kamu hendak terangkan ialah mengenai peranan Siti Nur sebagai doktor bukannya sebagai kakak, anak dan sebagainya.

Ulasan