Kedudukan sebagai seorang pelajar.
Semua orang inginkan kejayaan dalam hidup. Namun kamu juga perlu tahu sama ada cara kamu betul atau tidak. selesaikan carta diri di bawah untuk mengetahui kedudukan kamu sebagai seorang pelajar.
1. Guru memberikan kerja rumah untuk kamu siapkan. Kamu..
A.terus menyiapkan kerja itu disekolah.
B.kerja rumah. mestilah disiapkan di rumah.
C.tengoklah. kalau rajin. saya siapkan.
2.Kamu tidak faham tentang pengajaran Matematik yang guru terangkan. jadi kamu..
A.mengangkat tangan dan terus bertanya kepada guru.
B.Bertanya kepada rakan-rakan dan menyuruh mereka mengajukan soalan kepada guru.
C.Hanya mendiamkan diri dan cuba memahaminya dengan cara kamu sendiri.
3.Kamu telah terpilih untuk mewakili acara olahraga dalam sukan sekolah. Tetapi kamu kurang yakin dengan pencapaian kamu Kamu..
A.Apa salahnya mencuba. Kalah dan menang adat pertandingan.
B.Mencadangkan nama orang lain untuk menggantikan kamu.
C.Berkeras tidak mahu menyertai sukan tersebut. pandailah mereka mencari pengganti.
4.Eksperimen Sains yang kamu lakukan kurang berjaya. Guru memearahi kamu lalu..
A.Meminta maaf dan cuba membuatnya sekali lagi.
B.Menangis dan duduk seorang diri di belakang kelas.
C.Menangis dan terus meninggalkan kelas.
5.Kamu demam panas pada hari peperiksaan pertengahan tahun bermula. Tindakan kamu..
A.Pergi juga ke sekolah sehingga lonceng tamat peperiksaan berbunyi.
B.pergi ke sekolah untuk menjawab beberapa soalan yang tidak memeningkan kepada kamu.
C.Langsung tidak ke sekolah.
6.Guru bahasa Inggeris akan memberikan hadiah kepada pelajar yang mendapat markah dalam subjek tersebut pada setiap bulan. Kamu pula lemah dalam subjek itu. Tindakan kamu..
A.Membuat lebih banyak latihan dan bertanya kepada rakan-rakan yang mahir dalam subjek itu.
B.kenal pasti semua kesilapan kamu apabila menjawab soalan-soalan yang sebelumnya.
C.Tidak ambil endah dengan hadiah yang ditawarkan. Kamu memang tidak gemar subjek itu.
Banyak A:
kamu pelajar cemerlang: Ternyata tidak sia-sia usaha yang kamu tunjukkan. kamu akan menjadi pelajar cemerlang dengan berkat kesungguhan dan kegigihan kamu selama ini. kamu sentiasa menumpukan perhatian kepada pelajaran dan tidak membenarkan hal-hal lain menganggu pelajaran kamu.
Banyak B:
Sederhana tetapi masih boleh berjaya: Ada beberapa hal yang perlu kamu perbaiki untuk berjaya. kamu boleh menjadi seorang yang berjaya suatu hari nanti. Namun perlu berusaha dengan lebih gigih lagi. Tumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran kerana itu asas yang paling penting untuk cemerlang dalam hidup.
Banyak C:
Sukakan kegagalan; kenapa dengan kamu ini? Sikap kamu ini akan menyebabkan kamu terkandas dalam pelajaran dan menjadi pelajar yang gagal. Ubah sikap kamu itu supaya guru dan keluarga dapat berbangga dengan pencapaian kamu nanti.
Ulasan