Berjogging dengan selamat
1. Pakai kasut yang sesuai
kasut yang tidak sesuai boleh menyebabkan tekanan pada kaki dan lutut dan ia mungkin menyebabkan kecederaan.
2. Lakukan senaman ringan sebelum berlari
Senaman ringan sebelum berlari dapat mengurangkan risiko mengalami kekejagan otot.
3. Kekal hidrasi
Minum air putih dengan banyak amat penting untuk kamu. Terutamanya sebelum berlari. Namun ingat, jangan minum air lima minit sebelum berlari. jadikan kebiasaan minum air putih lapan gelas sehari.
4. Jangan makan sebelum berlari
Makanan yang kamu makan perlulah dihadam. Biarkan selama 30 minit hingga dua jam sebelum kamu berlari. Jika tidak, kamu mungkin akan muntah semasa berlari.
5. Jaga keselamatan
Jangan berjogin seorang diri dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling kamu. Jika kamu berlari sambil mendengar muzik pastikan kamu mendengar dengan perlahan supaya kamu tidak terlalu leka.
6. Bergembira
Mungkin susah untuk berjoging dengan selesa jika kamu berasa bosan. Jika kamu tidak mendengar muzik, apa kata kamu sendiri yang menyanyi atau ajak beberapa kawan kamu yang lain. Aktiviti sebegini akan merapatkan lagi hubungan persahabatan kamu.
Ulasan