Cara-cara menghadapi perpisahan


1. Ambil sedikit masa untuk diri sendiri
Apabila kamu berpisah dengan seseorang. Cari tempat untuk menenangkan fikiran dan tarik nafas panjang-panjang. Kemudian biasakan diri dengan suasana baru itu.

2. Mencari hikmah dan pengajaran daripada perpisahan
Setiap perkara yang datang ada hikmahnya. Dalam mencari pengajaran, perlu mengkaji kelemahan diri. kamu perlu redha dengan apa yang telah berlaku. Tidak mustahil patah tumbuh hilang berganti.

3. Berkongsi dan meluahkan rasa hati dengan rakan atau saudara terdekat.
Sebolehnya jangan pendam perasaan kamu seorang diri. Carilah rakan atau saudara terdekat bagi melepaskan keresahan di hati kamu. Merncurahkan rasa hati ini tidak bermaksud menceritakan segalanya kepada mereka. Ceritakan perkara yang baik-baik sahaja.

4. Sibukkan diri dengan melakukan aktiviti
Jangan biarkan diri kamu bersendirian tanpa melakukan sebarang perkara. Cuba lakukan aktiviti seperti bersukan, berenang dan bersiar-siar bersama teman-teman. Itu sudah cukup untuk melepaskan rasa resah di dalah hati dan minda kamu.

5. Bersedih berpada-pada
Jangan mencari kesalahan diri apabila berlakunya perpisahan. Janganlah kamu berasa diri dibuang dan tidak diperlukan lagi. Perjalanan hidup kamu masih panjang dan banyak perkara yang akan kamu temui selepas ini.

6. Jangan terus putuskan persahabatan
Berpisah bukan bererti putusnya sebuah persahabatan. Jarak yang jauh bukan sebab untuk kamu berdua tidak bersahabat lagi. Utuskanlah sms, email atau surat sebagai pengganti diri. Tidak mustahil suatu hari nanti kamu berdua berjumpa kembali.

7. Jangan serik untuk mencari sahabat baru
Jangan takut atau fobia untuk bersahabat lagi. teruskan mencari sahabat baru. Kamu perlukan seseorang untuk berkongsi suka dan duka kamu.

Ulasan

Catatan Popular