Sekilas info


Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang


Zaman sekarang ini, banyak penyakit datang dari pemakanan.....

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun
akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya.
Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan
oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah
dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad
menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah
dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya.
Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba
jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi
berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun
mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau
kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang
namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu
kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat
permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun
memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda,
jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana
engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan
merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran
ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi
adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk
merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan
sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy
creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala
yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air
kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga
pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah
kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang
sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi,
pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai
kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi
lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah
lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas

Ulasan

Catatan Popular