Sejarah budaya


Tidak ada bukti rasmi menyatakan tentang asal usul silat. Ada yang mengatakan bahawa silat adalah berasal dari perlakuan binatang,wanita, tindakan tidak sengaja, tindakan yang dilakukan secara spontan dan sebagainya. Bermacam-macam pendapat ini adalah disebabkan tidak adanya penemuan bukti secara bertulis. Apa yang ada hanyalah bukti pertuturan (secara lisan).

Bukanlah tidak mahu menerima bukti secara lisan, malangnya kadang-kadang apa yang diterima secara lisan banyaknya sudah ditokok tambah. Misalnya cerita rakyat yang ada bermacam-macam versi. Hal ini sendiri pernah saya alami ketika mengumpulkan cerita rakyat Brunei. Saya pernah mendengar bermacam-macam versi cerita Dang Ayang. Jadi daripada sana dapat disimpulkan bahawa kepercayaan pada bukti secara lisan tidak dapat diterima 100%.

Walaupun kita tidak mengetahui asal usul sebenar silat, yang pasti seni mempertahankan diri ini adalah warisan Nusantara yang patut menjadi kebangaan kita. Serta patut dipertahankan supaya ianya tidak pupus.

Ulasan

Catatan Popular