JUN 2003: APAKAH YANG DIMAKSUDKAN OLEH NORSIAH ABD GAFAR DENGAN 'PENGABDIAN' DALAM NOVELNYA INI? PERINCIKAN PENGABDIAN DR SITI NUR DALAM NOVEL TERSEBUT.

Pendahuluan:
Sebenarnya apakah yang dikatakan pengabdian? Pengabdian bermaksud menghambakan diri atau lebih mudah melakukan sesuatu adalah untuk orang lain. Dalam Novel Pengabdian watak yang menunjukkan melakukan sesuatu untuk orang lain ialah Dr Siti Nur dan Fatimah. Dibawah akan dihuraikan dengan contoh mengenai pengabdian Dr Siti Nur dalam Novel Pengabdian

Pengabdian kepada keluarga
Sebagai seorang anak sulung, Dr Siti Nur sedaya upaya untuk memperbaiki kehidupan keluarganya terutama kedua ibu bapanya. Hal ini kerana pada zaman kanak-kanak, Dr Siti Nur sudah merasa akan keperitan kehidupan ketika ayahnya tidak mempunyai pekerjaan tetap. Setelah Dr Siti Nur berjaya menjadi seorang doktor dia setiap bulan Dr Siti Nur akan memberikan sebahagian gaji untuk kedua ibu bapanya. Selain dia ingin membelikan kereta baru dan menyediakan amah untuk ibunya. Nampak disini pengabdian Dr Siti Nur terhadap kedua ibu bapanya.

Sebagai seorang kakak yang prihatin dan penyayang, Dr Siti Nur sentiasa membantu ibu bapanya dalam mendidik adik-beradiknya. Misalnya Dr Siti Nur sentiasa menasihat Hannah untuk memakai pakaian yang sopan. Zul juga dinasihatinya agar mencari pekerjaan dan berubah. Selain itu, Dr Siti Nur juga sanggup menyediakan wang perbelanjaan perkahwinan Zul. Disini jelas bahawa Dr Siti Nur mengabdikan dirinya untuk ibu bapa dan adik beradiknya.


Pengabdian kepada negara
Dalam Novel Pengabdian, Dr Siti Nur digambarkan seorang pelajar yang pintar dari semenjak sekolah rendah sehinggalah dia berjaya mendapat biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Peluang yang diberikan kerajaan kepada Dr Siti Nur ini tidak dipersia-siakannya. Dia belajar besungguh-sungguh sehingga dia berjaya mendapat ijazah. Demi untuk membalas jasa kerajaan, Dr Siti Nur bekerja dengan kerajaan sebagai doktor dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

Sebagai contoh, Dr Siti Nur sanggup ke wad empat untuk mengambil darah Shamsul. Sedangkan pada waktu tersebut adalah waktu rehatnya. Dr Siti Nur juga tidak mencuaikan dalam merawat Udin bin Mat. Walaupun dia tahu bahawa penyakit Udin tidak akan dapat disembuhkan, Dr Siti Nur masih merawat Udin dengan memberikan perjumpaan setiap tiga bulan sekali. Pengabdian Dr Siti Nur kepada negara semakin jelas ketika dia hadir perjumpaan para doktor dan kakitangan kerajaan. Pada perjumpaan tersebut, Dr Siti Nur mempertahankan dan membantah pandangan Dr Jones untuk memberhentikan rawatan ke atas Junaidah. Cuba bayangkan Dr Siti Nur tidak mengabdikan dirinya untuk negara, sudah tentu dia tidak akan memperdulikan Shamsul, sambil lewa merawat Udin dan tidak mempertahankan Junaidah.


Pengabdian kepada agama
Dalam Novel Pengabdian, bolehlah dikatakan bahawa Dr Siti Nur adalah contoh terbaik sebagai seorang yang beragama Islam. Tidak ada didapati sejauh ini dalam Novel Pengabdian Dr Siti Nur melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama Islam.

Dr Siti Nur dari awal Novel Pengabdian lagi digambarkan seorang muslimah yang sentiasa menutup auratnya hinggakan tidak nampak sehelai rambut pun. Dr Siti Nur juga sentiasa menjaga solatnya walaupun dia sakit. Contohnya ketika dia ditahan setelah didapati jatuh sakit pada perutnya. Dia meminta Dr Samuel untuk mengarahkan Hindon membawa telekungnya supaya dia dapat menunaikan kewajipan bersolat.

Contoh pengabdian Dr Siti Nur kepada agama adalah ketika kejadian Samuel memeluk agama Islam dan berkahwin dengan Dr Siti Nur. Dr Siti Nur kecewa Dr Samuel mahu memeluk agama Islam adalah kerana cinta kepada Dr Siti Nur dan bukannya kerana agama Islam. Perkara ini sangat mengecewakan Dr Siti Nur hinggakan perhubungannya dengan Dr Samuel bermasalah dan berpisah tanpa kata-kata putus. Selain perkara tersebut, Dr Siti Nur juga sentiasa menasihat adik-beradiknya. Misalnya Hannah, Siti Nur selalu menasihat Hannah agar tidak melanggar suruhan agama contohnya dari segi pakaian dan pergaulan.


Pengabdian kepada pesakit
Dr Siti Nur adalah seorang doktor yang penuh bertanggungjawab terhadap pesakitnya. Dia sanggup merawat pesakitnya tanpa mengeluh, sanggup mengorbankan lebih masa dan sanggup mempertahankan pesakit-pesakitnya. Misalnya ketika merawat pesakitnya yang bernama Udin bin Mat. Walaupun Udin tidak dapat disembuhkan sampai bila-bila, Dr Siti Nur masih merawat Udin setiap tiga bulan sekali. Dia juga secara lembut dan tidak berterus terang menjawab pertanyaan Perempuan tua yang bertanya adakah penyakit Udin dapat sembuh atau tidak. Dr Siti Nur cuma menjawab tidak pasti walaupun dia tahu penyakit Udin tersebut tidak akan sembuh.

Pengabdian Dr Siti Nur terhadap pesakit begitu ketara ketika dia dipanggil ke wad empat untuk mengambil darah Shamsul. Tanpa marah Dr Siti Nur pergi ke wad empat sedangkan pada waktu itu adalah waktu rehatnya. Inilah pengabdian seorang doktor kepada pesakitnya yang perlu dipuji dan dicontohi. Selain bekerja lebih masa, Dr Siti Nur juga mempertahankan pesakitnya. Misalnya Junaidah yang menghidap Thalassaemia Beta Major. Dr Siti Nur membantah sekeras-kerasnya pandangan Dr Jones yang memberi cadangan agar rawatan ke atas Junaidah diberhentikan atas sebab ditakuti akan turun ke anak-anak Junaidah jika dia berkahwin nanti. Namun bagi Dr Siti Nur apa yang akan berlaku di masa akan datang belum pasti lagi dan sudah menjadi etika seorang doktor untuk merawat pesakit selagi mampu.

Dr Siti Nur begitu tekun dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas hinggakan kesihatannya sendiri tidak diperdulikannya. Akhirnya dia jatuh sakit disebabkan terlalu mengabdikan diri kepada pesakit dan tugasnya.

Pengabdian kepada saudara dan masyarakat
Dr Siti Nur adalah seorang yang sangat prihatin kepada masyarakat sekelilingnya. Setiap bulan Dr Siti Nur akan memberikan sebahagian gajinya untuk membantu saudara maranya yang berada di Limbang dan Miri. Ini menunjukkan pengabdian Dr Siti Nur dimana dia bekerja adalah bukan saja untuk dirinya dan keluarga malah untuk membantu saudara maranya yang susah.

Demi pengabdian kepada masyarakat, Dr Siti Nur tidak mengenal erti putus asa dalam melakukan sesuatu. Misalnya dalam menyedarkan Usu Khalid yang degil. Usu Khalid berada di penjara kerana menyebarkan risalah anti kerajaan. Dr Siti Nur cuba menyedarkan Usu Khalid demi Azmil yang perlu menjalani pembedahan dengan seberapa segera jika ingin selamat.


Penutup/Kesimpulan:
Daripada bukti-bukti yang diberikan diatas jelas menunjukkan pengabdian Dr Siti Nur dalam Novel Pengabdian.

Ulasan

Catatan Popular