MESRAKAH KAMU DENGAN ADIK BERADIK?


1. Kamu sering ke mana-mana bertemankan adik-beradik kamu?
Jawapan: Tidak (beralih soalan 2)
Jawapan : Ya (beralih soalan 3)

2. Kamu sering meminta pendapat daripada adik-beradik kamu?
Jawapan: Tidak (beralih soalan 4)
Jawapan : Ya (beralih soalan 5)

3. Adik-beradik kamu bertindak sambil lewa dengan kamu?
Jawapan: Tidak (beralih soalan 7)
Jawapan : Ya (beralih soalan 6)

4. Kamu tidak kisah jika adik-beradik kamu tahu kekurangan yang ada pada kamu?
Jawapan: Tidak (Lihat B)
Jawapan : Ya (beralih soalan 5)

5. Kamu kerap keluar menonton wayang bersama adik-beradik berbanding kawan-kawan?
Jawapan: Tidak (Lihat B)
Jawapan : Ya (Lihat A)

6. Kamu suka berkongsi masalah dengan mereka?
Jawapan: Tidak (beralih soalan 4)
Jawapan : Ya (beralih soalan 2)

7. Kamu suka membanggakan diri kamu di depan adik-beradik?
Jawapan: Tidak (beralih soalan 8)
Jawapan : Ya (beralih soalan 6)

8. Bagi kamu mereka adalah orang yang paling boleh dipercayai dalam menyimpan rahsia?
Jawapan: Tidak (beralih soalan 6)
Jawapan : Ya (beralih soalan 9)

9. Kamu mengutamakan mereka dan tidak boleh hidup tanpa mereka?
Jawapan: Tidak (Lihat B)
Jawapan : Ya (Lihat C)

A: Kamu dan adik-beradik seperti irama dan lagu, gigi dan gusi, aur dan tebing. kamu saling menyayangi dan menghormati. kamu rasakan diri kamu lebih selamat jika bersama mereka. Jika kamu berterusan begini, ibu bapa kamu tidak perlu berasa gusar setiap kali kamu keluar.

B: Kamu tidak kisah jika ada adik-beradik atau tidak. Jika ada, mungkin memberi banyak kebaikan kepada kamu. Kamu tidak terlalu ingin bergantung kepada mereka kerana masing-masing mempunyai agenda tersendiri. Namun begitu kamu sentiasa saling berhubung apabila berjauhan.

C: Kamu suka berdikari daripada mengharap bantuan sesiapa. Kamu tidak suka urusan kamu bercampur dengan urusan peribadi. Kamu lebih selesa meminta pendapat daripada kawan-kawan. Adik-beradik hanya sekadar teman bergurau-senda ketika di rumah.

Ulasan

Catatan Popular